Categories: Bloggers United
Tajuk asal: NGOs against suing bloggers for defamation
Saman malu yang terpaksa dihadapi oleh 2 sahabat kita ini semakin mendapat perhatian dan sokongan dalam negara mahupun di luar negara. Antaranya, seperti yang dipaparkan di sini dan di sini.
Di Kuala Lumpur kelmarin, sebanyak 31 organisasi bukan kerajaan (NGO) telah bersetuju untuk bergabung dengan CIJ Malaysia dan WAMI dalam menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan saman malu ke atas Rocky Bru dan Jeff Ooi. Sila dapatkan salinan kenyataan bersama mereka di sini.
Organisasi dan badan-badan lain turut dijemput untuk menyertai inisiatif ini, memandangkan senarai akhir organisasi dan kenyataan bersama hanya akan disiarkan pada 30 Januari 2007, selepas pendengaran pertama kes terhadap saudara Jeff Ooi.
arifabdull: Harap sangat Bloggers United juga akan dapat menyokong kenyataan bersama ini.
Sementara itu, pendengaran pertama kes terhadap saudara Rocky akan dijalankan esok jam 10 pagi, di Mahkamah Tinggi bertempat di Wisma Denmark, Kuala Lumpur. Butirannya terdapat di blog kickdefella, The Scribe dan 3540 Jalan Sudin
The joint statement is so far endorsed by;
Centre for Independent Journalism (CIJ)
Writers Alliance for Media Independence (WAMI)
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS)
Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
Charter Aliran 2000
Sisters in Islam (SIS)
KL-Selangor Chinese Assembly Hall (Youth Section)
KL-Selangor Chinese Assemble Hall Civil Rights Committee
Defend Press Freedom Society (New Era’s College)
Malaysian Youth and Democratic Movement (DEMA)
Youth for Change (Y4C)
Malaysian Voters Union
Group of Concerned Citizens (GCC)
Semparuti Iyakkam
Bandar Mahkota Cheras’s Open Access Road Committee
Save Ourselves, Penang (SOS)
Penang Consumer Protection Association
Merdekareview.com
Monitoring Sustainability of Globalization
Coalition Against Water Privatization (CAWP)
Persatuan Alumni Bahasa Tionghua Universiti Sains Malaysia, Selangor
Blog Bugs
Parti Rakyat Malaysia (PRM)
Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat
Persatuan Masyarakat Wilayah Persekutuan (PERMAS)
Borneo Resources Institute (BRIMAS)
Artist Pro Active (APA)
Labor Resource Centre
Pesticide Action Network
Research for Social Advancement (REFSA)
This blog recommends you the new & safer Firefox.
» Get It Now