Categories: Bloggers United

BLLOGGERS UNITED MENGUTUK TINDAKAN TERHADAP Rocky Bru & Jeff Ooi DAN DENGAN INI MENUNTUT KESAKSAMAAN DAN KEADILAN DALAM SEMUA TINDAKAN TERHADAP PARA BLOGGER.
Ini adalah kenyataan rasmi dari Bloggers United. Kenyataan ini telah dirangka secara bersama oleh Susan Loone dan Kickdefella. Sesiapa yang percayakan keadilan dan hak untuk bersuara, sila turunkan tandatangan anda dan terbitkan di bolg anda. Bantulah dengan turut menyebarkan kenyataan ini; agar ia tersebar jauh dan seluas mungkin. Perlawanan sedang diteruskan!
Sila lihat kenyataan asal dalam blog Susan Loone dan Kickdefella.
Kami adalah satu kumpulan penulis-penulis blog Malaysia yang percaya kepada keadilan dan hak kebebasan bersuara. Kami yang menyokong Bloggers United sebagai sebuah gerakan, sebulat suara mengutuk tindakan konglomerat media NST terhadap penulis blog Rocky Bru dan Jeff Ooi. Tindakan terhadap mereka berdua merupakan satu tindakan terhadap semua penulis-penulis blog yang percayakan hak mereka untuk bersuara secara bebas, kebebasan memberi pandangan dan keadilan.
Perkembang mutakhir ini merupakan sebuah tamparan hebat kepada semua penulis-penulis blog, tetapi ia tidak pernah dan tidak akan melemahkan apalagi menghalang kami dari terus berjuang mempertahankan hak kami untuk bercakap, memberi pandangan, menulis dan memberitahu kebenaran, sebagai pemerhati, sebagai mata dan telinga rakyat, atau sekadar berkongsi pendapat dan komen secara saksama tentang apa sahaja perkara yang berkaitan dan membawa kesan terhadap kita sebagai manusia, adalah hak mutlak rakyat negara ini.
Perkembangan terakhir ini adalah peluang terbuka kepada media milik kerajaan itu untuk berkuasa penuh bagi memaksakan apa yang mereka namakan sebagai ‘kebenaran’, tetapi tindakan sebegini sekadar mengukuhkan lagi bukti bahawa para penulis blog mesti bersatu, secara berterusan mempertahankan kebebasan ruang bersuara dan bebas memberi pandangan sebagai hak, melawan demi keadilan, walau bukan terkena pada batang hidung sendiri, untuk lebih berhati-hati dan berjaga-jaga, memberikan komitmen penuh kepada perkara berkaitan kebebasan bersuara. Apa yang KAMU lakukan terhadap sesiapa di kalangan KAMI, bermakna KAMU melakukannya terhadap SEMUA. [Cubit peha kanan, peha kiri turut berasa sakit dan melawan.]
Sebagai pernulis-penulis blog yang bertanggungjawab, kami mendesak dan menuntut supaya ruangan di lingkungan blog adalah untuk komen bebas dan saksama, terutama ketika isu-isu nasional yang penting dan melibatkan personaliti-personaliti terkemuka dibincangkan.
Walaupun saman malu NSTP ini bertujuan untuk mendatangkan ketakutan ke atas kebebasan para penulis blog, memandangkan ligitasi [tuntutan] mahal yang mungkin akan menjejaskan kedudukan ekonomi penulis blog, kami tidak akan takut atau mendiamkan diri hanya kerana tindakan oleh mereka yang tidak meghiraukan tentang kebebasan bersuara.
Jika terdapat mana-mana tulisan kami yang menyakitkan hati, kamu boleh menyanggahnya dengan mengemukakan fakta-fakta tepat dan angka-angka berserta komen yang saksama, sejajar dengan semangat kebebasan bersuara.
Kedua-dua kes pertama ini pasti akan mendatangkan kesan buruk bukan hanya terhadap Internet, tetapi juga negara ini memandangkan Malaysia baru sahaja melancarkan Tahun Melawat Malaysia 2007 (VMY2007). Pembangunan yang sihat, matang dan demokrasi bagi kebebasan bersuara dan kebebasan memberi pandangan di negara kita kini sedang mereka pertaruhkan.
Reputasi negara ini ketika ia sedang bersungguh-sungguh berusaha mempromosikan Koridor Raya Multimedia (MSC) dengan menanamkan semangat cintakan IT hanya akan menjadi sebuah lawak peringkat nasional bagi seluruh dunia menikmatinya. [HAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAAA!!!!!]
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya di susanloone@gmail.com dan rakan jenayah saya, Sheih dari kickdefella di kickdefella@yahoo.com
Tajuk Asal: Calling one, calling all! Defend your right to free speech!
_____________________________________
Sebagai tanda ’soladiriti’ kepada Jeff Ooi dan RockyBru serta sokongan penuh blog ini terhadap perjuangan menuntut hak bersuara yang diperjuangkan oleh Bloggers United, aku dah siap buat terjemahan kenyataan rasmi ini ke dalam Bahasa Malaysia.
Komen dan bantuan dalam menyemak (kesalahan perkataan, struktur ayat mahupun tatabahasa) hasil terjemahan ini amat dialu-alukan (sila berikan komen anda).
"SALAM SOLIDARITI"
This blog recommends you the new & safer Firefox.
» Get It Now