Walau apa pun alasan yang hendak dikatakan oleh kita semua, bukankah kemenangan BN ini merupakan tanda (signal, bak kata Tun Mahathir) sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Abdullah Haji Ahmad Badawi?
"Anwar perlu menerima hakikat bahawa pada masa ini Abdullah adalah pemimpin di hati rakyat." menurut Bernama.
Tahniah kepada pengundi Ijok atas keputusan anda.
Syabas juga kepada PKR dan calonnya, Tan Sri Khalid di atas peningkatan jumlah undi diperolehi yang ternyata bertambah sebanyak lebih 500. Janganlah bersedih. Ini juga satu kejayaan, ‘kejayaan kecil’ menurut sesetengah pihak.
Seperti biasa pasti ada yang akan menyifatkan ini semua sebagai "tidak kalah, hanya sebagai belum menang", bagi menutup cakap-cakap sebelum ini yang menuduh ‘BN menuju kehancuran dan sedang melakukan aksi "terdesak" mereka’.
Orang terdesak sudah menang?
Menang hanya kerana si labu silap. Silap kerana percayakan ilusi dan terlupa jerat yang sudah berulangkali memerangkapnya sebelum ini. Lebih sedih lagi kalau ada yang masih terjerat dengan soal perkauman sempit.
Janganlah jadi macam si Tipah yang asyik tertipu tu. Sekarang si Tipah pun sewajarnya sudah tahu bahawa SPR dan sistem pilihan raya di Malaysia tidak betul, perlukan perubahan (reformasi, atau apa saja nama yang kamu suka).
Kalau masih tidak pasti dan ragu-ragu, padan mukalah kalau seribu kali lagi terjerat. Ikut suka hati kamulah labu.
Nota: Dengan kejayaan besar BN di Ijok, adakah ini bermakna bahawa agenda momok keganasan terhadap PKR akan terhenti di sini? Sama-samalah kita perhatikan.
__&__
Ijok results: Does it mean a thing?
PKR to dispute Ijok by-election results
Ezam on alleged phantom voters
Khalid’s reaction to loss
This blog recommends you the new & safer Firefox.
» Get It Now