Loading...

More News







'Kalau angkatan muda tak punya keberanian, maka mereka sama dengan ternak. Karena fungsinya hanya memperternakkan diri.’
- Pramoedya Ananta Toer
(sumber: Mengenangmu, Mengenali Sejarah Bangsaku)

PLEASE Sign the Petition
Awas! Ada Hanjing Di Hadapan tu.

  • Layari blog ini dengan Firefox.
  • Loading...


    Loading...

    N11 Ijok: Mata lebam di ijok?

    24 April 2007 9:39 pm

                            Gambar disesuaikan dari Jeff Ooi, Screenshots

    Ini adalah gambar luka di muka Paul (kawan Jeff Ooi, kawan kita juga) yang cedera angkara dikasari oleh Pemuda BN. Ikuti pendedahan penuh Jeff Ooi mengenainya di Screenshots.

    Jangan pula geng-geng Khairi nanti cuba nak kata kecederaan itu adalah akibat perbuatan sendiri. Itu dah kira ciplak komen Mahathir terhadap mata lebam Anwar dulu.

    Di Lunas tahun 2000 dulu, kata mereka kes mata lebam Anwar adalah antara faktor kekalahan BN.

    ________________________

    Abdullah - stop the Mat Rempit culture of lawlessness in Ijok

     

    -

    This blog recommends you the new & safer Firefox. » Get It Now

    Loading...

    N11 Ijok: BN pasti akan menang di ijok

    2:31 am

    Akupun nak berspekulasi seperti Raja Petra (RPK) juga. Blogger macam aku adalah penganggur dan pembohong (ahaks!), jadi jangan percaya sangat.

    Macam RPK kata, aku setuju dan pasti BN akan menang sebagaimana mereka menang di Machap baru-baru nih.

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah punca kemenangan BN. Bukan isu, bukan kerana kepakaran berkempen, bukan disebabkan ada samseng, tidak kerana kehadiran Najib atau Anwar.

    Sama seperti yang RPK dedahkan tu, kat bawah ni adalah hasil carian data tersebut yang aku buat di laman web SPR. Sahlah bahawa Daftar Pemilih Pilihan Raya yang digunakan di PRK N11 Ijok amat diragui dan dipercayai sah tidak bersih.

    Pengundi ini lahir pada tahun 1900, maknanya beliau sudah berumur 107 tahun sekarang. Sila rujuk Bil. 1 dalam senarai ini.

     

    Normala Bt Katan pula lahir pada tahun 1900, maknanya beliau juga sudah berumur 107 tahun sekarang. Sila rujuk Bil. 2 dalam senarai ini.

     

    Lim Hua ni dah leh dikira sebagai moyang aku, lahir pada tahun 1900. Sudah berumur 107 tahun sekarang. Sila rujuk Bil. 1 dalam senarai ini.

     

    Mr Perumal ni mestilah kawan lama Mr Lim Hua, lahir pada tahun yang sama. Paling kurang, mesti pernah jumpa masa buat pemeriksaan doktor di Hospital Batang Berjuntai. Sila rujuk Bil. 2 dalam senarai ini.

     

    Opppss!! Hampir tertinggal satu lagi geng lama juga nih….

    Puan Niktah, 107 dijadualkan akan turun mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan (China) Ijok sekitar jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Rujuk Bil. 3 dalam senarai ini.

    Orang BN akan kata, "biasalah, itu tandanya kerajaan berjaya melaksanakan tugas dengan cemerlang. Rakyat sehat sejahtera sebab tu ramai orang panjang umur."

    Ok. Masuk akal juga.

     

    Bagaimana pula kalau sumber rasmi SPR (laman web) yang sahkan bahawa ada pengundi berumur 7 tahun di dalam senarai?

    Buktinya di sini:

    Adik Ispani B Mohd Rejo nih mesti sedang bersekolah, Tahun 1 atau 2. Dilahirkan pada 18 Mei 1999, masih 7 tahun kalau kira ikut bulan. Rujukan: Bil. 1913 dalam senarai ini.

    Kalau kawan-kawan tak percaya, cubalah buat carian sendiri di sini….

    +ijok +spr +bohong

    Tan Sri Khalid sempat lagi kalau nak boikot nih!

    &

    SPR, Tolong Jawab!!

    Ijok… 1899 or 1999?

    Ilusi, Demokrasi dan silap mata Pilihan Raya

    EC and Police must clean up their acts and ensure free and fair election in Ijok

    Lessons to learn from Ijok by-election

    Tidak Ada Pengundi Hantu Di Ijok, Kata Najib

    Warga Tertua Ijok Berazam Tunai Kewajipan

    8 year old voter in Ijok!

    who will win: IJOK

    PKR akan buat tangkapan awam bagi banteras pengundi hantu

    PKR akan awasi pengundi berusia lebih 100 tahun

    Voters: Aged 8 to 107

    Generasi Baru Di Ijok

    Various references is a need

    &

    This blog recommends you the new & safer Firefox. » Get It Now


    IKLAN:

    Get free blog up and running in minutes with Blogsome | Theme designs available here