Loading...

More News







'Kalau angkatan muda tak punya keberanian, maka mereka sama dengan ternak. Karena fungsinya hanya memperternakkan diri.’
- Pramoedya Ananta Toer
(sumber: Mengenangmu, Mengenali Sejarah Bangsaku)

PLEASE Sign the Petition
Awas! Ada Hanjing Di Hadapan tu.

  • Layari blog ini dengan Firefox.
  • Loading...


    Loading...

    N11 Ijok: BN pasti akan menang di ijok

    24 April 2007 2:31 am

    Akupun nak berspekulasi seperti Raja Petra (RPK) juga. Blogger macam aku adalah penganggur dan pembohong (ahaks!), jadi jangan percaya sangat.

    Macam RPK kata, aku setuju dan pasti BN akan menang sebagaimana mereka menang di Machap baru-baru nih.

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah punca kemenangan BN. Bukan isu, bukan kerana kepakaran berkempen, bukan disebabkan ada samseng, tidak kerana kehadiran Najib atau Anwar.

    Sama seperti yang RPK dedahkan tu, kat bawah ni adalah hasil carian data tersebut yang aku buat di laman web SPR. Sahlah bahawa Daftar Pemilih Pilihan Raya yang digunakan di PRK N11 Ijok amat diragui dan dipercayai sah tidak bersih.

    Pengundi ini lahir pada tahun 1900, maknanya beliau sudah berumur 107 tahun sekarang. Sila rujuk Bil. 1 dalam senarai ini.

     

    Normala Bt Katan pula lahir pada tahun 1900, maknanya beliau juga sudah berumur 107 tahun sekarang. Sila rujuk Bil. 2 dalam senarai ini.

     

    Lim Hua ni dah leh dikira sebagai moyang aku, lahir pada tahun 1900. Sudah berumur 107 tahun sekarang. Sila rujuk Bil. 1 dalam senarai ini.

     

    Mr Perumal ni mestilah kawan lama Mr Lim Hua, lahir pada tahun yang sama. Paling kurang, mesti pernah jumpa masa buat pemeriksaan doktor di Hospital Batang Berjuntai. Sila rujuk Bil. 2 dalam senarai ini.

     

    Opppss!! Hampir tertinggal satu lagi geng lama juga nih….

    Puan Niktah, 107 dijadualkan akan turun mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan (China) Ijok sekitar jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Rujuk Bil. 3 dalam senarai ini.

    Orang BN akan kata, "biasalah, itu tandanya kerajaan berjaya melaksanakan tugas dengan cemerlang. Rakyat sehat sejahtera sebab tu ramai orang panjang umur."

    Ok. Masuk akal juga.

     

    Bagaimana pula kalau sumber rasmi SPR (laman web) yang sahkan bahawa ada pengundi berumur 7 tahun di dalam senarai?

    Buktinya di sini:

    Adik Ispani B Mohd Rejo nih mesti sedang bersekolah, Tahun 1 atau 2. Dilahirkan pada 18 Mei 1999, masih 7 tahun kalau kira ikut bulan. Rujukan: Bil. 1913 dalam senarai ini.

    Kalau kawan-kawan tak percaya, cubalah buat carian sendiri di sini….

    +ijok +spr +bohong

    Tan Sri Khalid sempat lagi kalau nak boikot nih!

    &

    SPR, Tolong Jawab!!

    Ijok… 1899 or 1999?

    Ilusi, Demokrasi dan silap mata Pilihan Raya

    EC and Police must clean up their acts and ensure free and fair election in Ijok

    Lessons to learn from Ijok by-election

    Tidak Ada Pengundi Hantu Di Ijok, Kata Najib

    Warga Tertua Ijok Berazam Tunai Kewajipan

    8 year old voter in Ijok!

    who will win: IJOK

    PKR akan buat tangkapan awam bagi banteras pengundi hantu

    PKR akan awasi pengundi berusia lebih 100 tahun

    Voters: Aged 8 to 107

    Generasi Baru Di Ijok

    Various references is a need

    &

    This blog recommends you the new & safer Firefox. » Get It Now

    14 Comments »

    The URI to TrackBack this entry is: http://arifabdull.blogsome.com/2007/04/24/n11-ijok-bn-pasti-akan-menang-di-ijok/trackback/

    1. bro.. Nik Tah tu bukan puan.. ahaks

      Comment by jebat — 24 April 2007 @ 7:18 am

    2. by the way, adik isdani tuh pendatang ke? the middle ic is 61…ada ke rakyat malaysia yang lahir di-malaysia bernombor 61 di-tengah?

      Comment by stupe — 24 April 2007 @ 12:23 pm

    3. Assalamualaikum…

      Ada sikit mushkil laa. kenapa budak 7 tahun tu ada No. I/C lama.. No surat Beranak ke.. Kalau No Surat beranak ada berapa angka..
      bagi saya mungkin ini kesilapan perkomputeran.. ada kemungkinan orang tu bukan umur 7 tahun .. tapi 108 thn. kalau tahun lahirnya adalah pada 1899.. dan no I/C untuk tahun 1899 dan 1999 bermula dengan 99XXXX-XX-XXXX
      walau apa pun.. ia tetap satu kemushkilan , ada lagi ke orang ni, mungkin dia orang paling tua di DUN ijok ok. sape yang g check ni..

      ok wassalam

      Arifabdull: memang ada 2 kemungkinan bagi no Kad Pengenalan seperti 99XXXX-XX-XXXX ni, samada lahir 1999 atau 1099(?). Inilah yang perlu dijawab oleh mereka yang berkenaan. Kemungkinan lain yang luar biasa jika nanti mereka kata nombor tu merujuk tahun kelahiran pada tahun 1899, 1799, 1699 dan seterusnya.
      2099 tak masuk akal.

      Comment by Ikhlas — 24 April 2007 @ 12:34 pm

    4. Aku dah kata, dari awal boikot saje, tapi suara aku suara yang hina, tak mampu nak didengar orang atasan…pilihanraya umum boikot saje…selagi daftar pemilih tak di update…spr ni sampah je…memang macam nasi basi muka si rashit laknattullah tu…dia menghidupkan kemungkaran….memang mati tak cukup tanah nak timbus….

      Comment by lepat — 24 April 2007 @ 2:30 pm

    5. U lahir tahun berapa. Pernah tengok ic nenek moyang ko tak.

      Pernah berusaha nak dapat maklumat dari JPN mengapa no ic tersebut wujud.

      Budak sekarang sudah malas berfikir terlalu emosi dan suka berspekulsi

      Kalau atok engkau yang tidak diketahui tarikh kelahirannya dengan tepat (masa atok ko lahir mana ada birth cert, ikut umur pokok kelapa je.) Maka JPN akan memasukkan 1990 sebagai tarikh kelahiran atau mengikut tarikh mula-mula atok kau daftar untuk mendapatkan ic baru. Maka wujud no 99

      Untuk keterangan lanjut pergi ke JPN tanya diorang atau datang sendiri ke Ijok cari orang tersebut.

      Sama lah seperti kebodohan parti liPAS di Kelantan tempoh hari buat writ kata orang mati mengundi.. bila orang tu datang bawa KPT di keluarkankan bahagia tersebut dari writ..

      Semuanya kerana orang sekarang suka bercakap tetapi malas berfikir dan tidak mahu mendengar penjelasan orang tua2.

      Dato aku pernah xplain kenapa ic dia bernombor pangkal 1990.. dia masih hidup sekarang.

      Arifabdull: Din, marahkah? takkan emosi plak, bak kata menteri tu, blogger adalah penganggur yg pembohong (mcm u kata jugalah).
      Apapun, makasih atas penjelasan tentang 1990 tu. 1999 Dato you tak xplain ker??????

      Comment by Kamaluddin — 24 April 2007 @ 3:37 pm

    6. yang umoq 7 tawun camna plak, napak tak citer…citer lah

      Comment by chemut — 24 April 2007 @ 9:53 pm

    7. Apa-apa pun cubalah hantar orang untuk tentukan samada manusia tu betul2 wujud atau tidak.Kalau mereka ni org lama yg pastinya penduduk2 sekitar pasti mengenalinya.Dan barulah dapat dipastikan samada ia penghuni hantu atau tidak. Dan juga memberi gambaran sebenar utk semua org.

      Comment by sam75 — 25 April 2007 @ 5:20 am

    8. hahaha.. ini guwa sudah petik masa ceramah kelompok. DSAI pun sudah cakap.. aduh.. pening beb.. depa ada samseng

      Comment by syafiq sunny — 25 April 2007 @ 10:54 am

    9. tu la korang maleh berfikir…cuba fikir kalau 7 tawun dah boleh mengundi kan bagus… kecik2 lagi dah diajar untuk menunaikan tanggungjawab kepada negara… bagus k’jaan skang nie… ajar pelajaran yg amat bermenafaat kepada rakyat dari peringkat sekolah lagi… kalau dah tau nak mengundi kena la jalankan tanggunjawab sampai tua walaupun dah 200 tawun… marila kita pikir sama-sama…

      Comment by jai — 25 April 2007 @ 5:06 pm

    10. Betul la tu…apa la korang bising2 kat sini…entah2 ada 800 orang lg yg umur panjang kt Ijok..diorang senaman selalu tu…aa..takder masalah nk g mengundi tu nanti…yg adik tu plak..biarlah..dia nk belajar2 mengundi…kaalu dapat number ic kawan2 dia..entah2 satu kelas pergi mengundi..ok pa tu..belajar2 sejak dari kecil….yg belum lahir pun..kalau dah ada ic advance pun boleh gak mengundi…aa… apa nak kecoh…oo..lupalak satu lagi..entah2 kawan nenek2 yg100+ tu yg dh mati pun boleh mengundi…oo..wakilkan si mati..pun boleh…. :P

      Comment by MPP di bandaraya bersejarah — 26 April 2007 @ 3:04 am

    11. pilihanraya ni org cipta supaya pemilihan kerajaan dibuat secara aman. kalau org tak percaya pilihanraya, dia tak balik tidur. dia rancang nak tukar kerajaan dgn cara lain. yg tak percaya dah makin ramai. jgn jadi macam thailand. sebelum ni aman je. sekali start chaos tahun 2000 dulu, hari2 org mati. jgn sampai start. wassalam

      Arifabdull: chaos di Thailand bermula tahun 2000 yg u rujuk merupakan gerakan pemisahan di selatan Thailand (perjuangan ini punya sejarah yg panjang utk dibahas di sini). Mereka tidak berjuang untuk menukar parti yg memerintah negara, mereka mahu merdeka. Sebab itulah mereka masih terus berjuang walaupun sudah beberapa kali pemerintahan berjaya diganti (terbaru adalah kejatuhan Taksin).
      Perjuangan demokrasi di Thailand jika dibanding dari sudut kesedaran di kalangan rakyatnya dengan kesedaran hak demokrasi dgn rakyat Malaysia, mereka lebih maju. Sebab itulah walaupun junta tentera yang menggulingkan Taksin, tetapi mereka terpaksa akur dengan kehendak rakyat dalam banyak hal bersangkutan hak demokrasi.
      Pandangan anda ini seolah-olah menunjukkan bahawa perjuangan demokrasi akan menyebabkan ‘hari2 orang mati’ adalah tidak betul, dangkal dan berniat jahat untuk mendatangkan ketakutan terhadap agenda perjuangan demokrasi.

      Untuk menyangkal semua ini, kita perlu merujuk, memerhati dan meneliti sejarah panjang perjuangan demokrasi di banyak lagi tempat yang berbeza di seluruh dunia. Contoh terbaik adalah sejarah perjuangan demokrasi rakyat Venezuela, Brazil dan sekitar Amerika Latin yang lain.
      apapun, terima kasih atas pendapat anda.

      Comment by akujoni — 26 April 2007 @ 3:39 pm

    12. saya check dalam kod negeri ,http://www.jpn.gov.my/Kodnegeri.htm, nombor 71 takde negeri..mungkinkah mereka datang dari planet lain untuk mengundi..syabass..

      Arifabdull: lijaleen, terima kasih atas penemuan yang anda kongsi ini.

      Apalah pula alasan (dalih) mereka bagi menyangkal Kod Negeri dari planet lain dalam Kad Pengenalan ini; bugs, typing error, Y2K?

      Comment by lijaleen — 27 April 2007 @ 10:07 am

    13. TAHNIAH!!! .. utk jentera2 PKR di Ijok.. walaupun xda rezeki tapi anda semua telah berjaya merisaukan pemimpin2 Barisan Neraka… utk RTM, PKR takkan bekubur!!!

      Comment by jumpbolt — 28 April 2007 @ 10:06 pm

    14. Kalau letak budak umur 8 tahun dan orang umur 100 tahun lebih mengundi di Ijok memanglah BN memang…….letak parti kicap pun boleh menang kalau gune taktik penipu….cipta rekod dunia betullah…orang paling tua di dunia dan paling muda di dunia mengundi di Ijok…..Syabas SPR dan BN…korang semua memang world…meletup lah….

      Comment by ameer — 29 April 2007 @ 3:36 pm

    RSS feed for comments on this post.

    Leave a comment

    Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



    Anti-spam measure: please retype the above text into the box provided.


    Anti-spam measure: please retype the above text into the box provided.



    IKLAN:

    Get free blog up and running in minutes with Blogsome | Theme designs available here