Loading...

More News







'Kalau angkatan muda tak punya keberanian, maka mereka sama dengan ternak. Karena fungsinya hanya memperternakkan diri.’
- Pramoedya Ananta Toer
(sumber: Mengenangmu, Mengenali Sejarah Bangsaku)

PLEASE Sign the Petition
Awas! Ada Hanjing Di Hadapan tu.

  • Layari blog ini dengan Firefox.
  • Loading...


    Loading...

    N11 Ijok: Sokongan terhadap pak lah atau pembangkang tertipu lagi?

    28 April 2007 11:07 pm

    Walau apa pun alasan yang hendak dikatakan oleh kita semua, bukankah kemenangan BN ini merupakan tanda (signal, bak kata Tun Mahathir) sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Abdullah Haji Ahmad Badawi?

    "Anwar perlu menerima hakikat bahawa pada masa ini Abdullah adalah pemimpin di hati rakyat." menurut Bernama.

    Tahniah kepada pengundi Ijok atas keputusan anda.

    Syabas juga kepada PKR dan calonnya, Tan Sri Khalid di atas peningkatan jumlah undi  diperolehi yang ternyata bertambah sebanyak lebih 500. Janganlah bersedih. Ini juga satu kejayaan, ‘kejayaan kecil’ menurut sesetengah pihak.

    Seperti biasa pasti ada yang akan menyifatkan ini semua sebagai "tidak kalah, hanya sebagai belum menang", bagi menutup cakap-cakap sebelum ini yang menuduh ‘BN menuju kehancuran dan sedang melakukan aksi "terdesak" mereka’.

    Orang terdesak sudah menang?

    Menang hanya kerana si labu silap. Silap kerana percayakan ilusi dan terlupa jerat yang sudah berulangkali memerangkapnya sebelum ini. Lebih sedih lagi kalau ada yang masih terjerat dengan soal perkauman sempit.

    Janganlah jadi macam si Tipah yang asyik tertipu tu. Sekarang si Tipah pun sewajarnya sudah tahu bahawa SPR dan sistem pilihan raya di Malaysia tidak betul, perlukan perubahan (reformasi, atau apa saja nama yang kamu suka).

    Kalau masih tidak pasti dan ragu-ragu, padan mukalah kalau seribu kali lagi terjerat. Ikut suka hati kamulah labu.

     

    Nota: Dengan kejayaan besar BN di Ijok, adakah ini bermakna bahawa agenda momok keganasan terhadap PKR akan terhenti di sini? Sama-samalah kita perhatikan.

    __&__

    Ijok results: Does it mean a thing?

    PKR to dispute Ijok by-election results

    Ezam on alleged phantom voters

    Khalid’s reaction to loss

    This blog recommends you the new & safer Firefox. » Get It Now

    Loading...

    N11 Ijok: Keputusan Terkini (Result Update)

    5:19 am

     

     

     

     

     

    Keputusan Tidak Rasmi (8.50 malam)

    : 5545  5,884

    : 3547  4,077

    Majoriti : 1,850

    Peratusan Keluar Mengundi: 81.88 % (10,049)

    Baki keputusan belum diketahui sebanyak 992 (bagi Peti Undi Kampung Ijok)

    Sumber: The Star & Malaysiakini

    BN wins, Keadilan will take EC to task

    Unofficial: BN wins with 1,800 majority

    Barisan wins Ijok by-election

    BN mendahului, dijangka kekalkan kerusi Ijok

    &

    Malaysia’s Reputation And Democratic Credentials Biggest Loser At Violent Ijok By-elections

    Did PKR shoot themselves in the foot?

    PKR menang dengan 603 majoriti

    Keputusan Ijok 1000 Makna

    Satu Telahan, Ramalan dan Turutan (trend)

    Win-win for Ijok residents

    This blog recommends you the new & safer Firefox. » Get It Now

    Loading...

    N11 Ijok: Undi BN dapat Duit

    4:21 am

    (Diterjemah dan disesuaikan dari BN offers money for votes according to audiofile oleh Susan Loone)

     

    Pemuda bijak bernama Vincent Chun ini adalah seorang Akauntan yang juga Pemimpin Muda dari Perak. Beliau mendedahkan rakaman suara beliau ketika bercakap sendiri dengan Tuan Haji Ahmad, yang menawarkan sejumlah duit habuan (sebagai rasuah) jika mengundi Barisan Nasional.

    Tuan Haji Ahmad dipercayai bertanggungjawab mengurus kempen Barisan Nasional di Bilik Gerakan bagi Rumah Melaka di Ijok. Chun yang menyamar sebagai "Jack" memperolehi nombor telefon Haji Ahmad daripada kawannya yang menerima sms yang menawarkan RM200 jika mengundi ‘dacing’.

    Dalam perbualan telefon itu, Haji Ahmad turut memaklumkan "Jack" bahawa BN memiliki cara untuk mengetahui siapa yang mengundi atau tidak mengundi mereka (BN). Bagaimanapun, pengundi hanya akan mendapat habuan hanya setelah mereka memangkah.

    ____&____

    This blog recommends you the new & safer Firefox. » Get It Now


    IKLAN:

    Get free blog up and running in minutes with Blogsome | Theme designs available here