(Diterjemah dan disesuaikan dari BN offers money for votes according to audiofile oleh Susan Loone)
Pemuda bijak bernama Vincent Chun ini adalah seorang Akauntan yang juga Pemimpin Muda dari Perak. Beliau mendedahkan rakaman suara beliau ketika bercakap sendiri dengan Tuan Haji Ahmad, yang menawarkan sejumlah duit habuan (sebagai rasuah) jika mengundi Barisan Nasional.
Tuan Haji Ahmad dipercayai bertanggungjawab mengurus kempen Barisan Nasional di Bilik Gerakan bagi Rumah Melaka di Ijok. Chun yang menyamar sebagai "Jack" memperolehi nombor telefon Haji Ahmad daripada kawannya yang menerima sms yang menawarkan RM200 jika mengundi ‘dacing’.
Dalam perbualan telefon itu, Haji Ahmad turut memaklumkan "Jack" bahawa BN memiliki cara untuk mengetahui siapa yang mengundi atau tidak mengundi mereka (BN). Bagaimanapun, pengundi hanya akan mendapat habuan hanya setelah mereka memangkah.
____&____
This blog recommends you the new & safer Firefox.
» Get It Now