"Salam Sukan Negara buat semua penonton Rancangan Ulasan Sukan Bulu Ayam ini,"
Kita mulakan rancangan ini dengan ulasan bagi arena sukan politik negara minggu ini"
"Kalau sejak 2 tahun kebelakangan ini seluruh rakyat Malaysia telah disajikan dengan aksi-aksi dan berita dari gelanggang politik yang menampilkan perlawanan sengit antara Mahathir menentang Abdullah Badawi, dan kini tibalah masanya kita dapat menyaksikan perlawanan di antara bekas jaguh negara Anwar Ibrahim menentang bekas rakan sepasukannya, Samy Vellu. Perlawanan baru saja dimulakan ketika ini menunjukkan kedudukan masih lagi seri, 0 sama."
"Sebentar tadi, Anwar Ibrahim baru saja berjaya mematahkan serangan kencang secara mencabar dari Samy Vellu. Services over!"
- Petikan dari Skrip Ulasan Sukan Bulu Ayam
tersiar di TV negara
(sekadar hasil imaginasi penulis)
Bagi saya, gelagat mereka di atas pentas politik hari ini dah jadi ‘entah apa, entah?’. Kalangan rakyat Malaysia yang kreatif mungkin akan mampu menjadikan situasi begini sebagai sumber idea kreatif mereka. Contohnya, penulis novel ‘Shit’ yang amat tersohor itu telah mengambil suasana kegawatan dan kegelabahan dunia politik sebagai sumber idea karyanya.
Ada sebilangan di antara kita yang sedar dan tahu hakikat sebenar di balik hamburan berita di media milik penguasa ini. Mereka yang sedar ini sering bersuara lantang dan ada juga yang hanya berani membisu. Namun, hakikatnya adalah amat menyedihkan kerana memang ramai juga yang tidak tahu akan wujudnya gejala keganjilan perangai yang melanda para ahli politik mereka ketika ini. Terdapat 2 punca jangkitan penyakit tidak tahu ini, samada akibat sengaja tidak mahu ambil tahu atau kerana pesakit ini menghidap sindrom ‘Limau purut tiga serangkai’.
Adapun para ahli politik yang dilanda masalah tindak-tanduk yang ganjil ini kerja mereka adalah asyik berpolemik melalui media dengan hujah-hujah tahap kanak-kanak ‘ribena’. Kenapa saya kata begitu? Sebabnya, semua orang (termasuk anak-anak di sekolah) sedia maklum bahawa Samy Vellu selama ini memang tidak ambil kisah pasal kelompok India tertindas di Estet. Kenyataan bahawa Samy Vellu mengabaikan bangsanya sendiri adalah benar yang sudah menjadi fakta nyata. Maka, menyerang Samy Vellu dengan peluru yang sudah lama menjadi fakta ini samalah sahaja maknanya dengan tidak melakukan serangan - duduk berdiam diri.
Akal fikiran kita seharusnya mampu menilai samada peluru yang Anwar arahkan kepada Samy itu masih mampu menggugatnya atau tidak. Saya berpendapat bahawa fakta tentang Samy ini sudah dan tidak akan dapat digunakan sebagai peluru untuk menyerangnya. Sedangkan seluruh rakyat Malaysia sudah maklum fakta dan kenyataan itu pun tidak pernah mendatangkan apa-apa kesan terhadap Samy, inikan pula dengan kenyataan di media oleh hanya seorang individu.
Keadaan ini bagi saya serupalah dengan situasi lucu jika Mahathir kata dalam media bahawa Khairy Jamaluddin terlalu rapat dengan bapa mentuanya, Perdana Menteri Abdullah Badawi. Kesan kenyataan sebegitu terhadap orang biasa macam kita ini adalah "Macam pernah kudengar! Tapi di mana yaaaaa???!"
Saya tidak kata bahawa fakta tentang pengabaian nasib kaum India oleh Samy ini tidak berguna atau tidak boleh dijadikan senjata langsung. Menurut saya, fakta tentang kegagalan terbesar Samy ini hanyalah kurang sesuai sikit untuk dipilih Anwar sebagai peluru dalam polemik mereka kerana semua orang sudah tahu perkara itu, maka ia tidak akan membawa apa-apa kesan terhadap Samy. Tak ‘gempak‘ pun, kata orang utara. Takkan Anwar hanya tahu benda yang kami pun sudah tahu kut?
Tetapi, jika benar-benar mahu menggunakan isu pengabaian Kaum India di Estet ini sebagai senjata untuk menggugat kedudukan Samy, saya fikir antara cara yang paling berkesan adalah dengan cara kelompok Anwar (atau sesiapa pun) mesti sanggup turun (luar musim Pilihan Raya) dan menyusup ke serata Estet atau kampung di seluruh negara dalam rangka menyusun (organisir, istilah aktivis politik Indonesia) mangsa-mangsa penindasan dan pengabaian tersebut. Matlamat utama gerakan ini adlah untuk membentuk Gelombang Perlawanan Para Si Terabai (pinjam istilah Gelombang Reformasi) supaya bangun melawan si pengabai. Kebenaran hujah ini telahpun terbukti dan tercatat dalam sejarah negara yang kita kenali sebagai Mogok Petani Baling di Kedah, Tragedi Perobohan Setinggan Tasik Utara di Johor Bahru (kedua-duanya terjadi pada tahun 1974), dan juga contoh kes-kes perlawanan rakyat di tempat lain.
Terbayang pula situasi masa zaman kita masih kanak-kanak dahulu, ketika bermain di laman rumah bersama anak jiran-jiran di kampung. Alangkah seronok dan gembiranya apabila dapat bermain dengan rakan sebaya sambil bergelak ketawa sepuasnya. Namun, saat kegembiraan sebegini tidak selamanya kekal dan seringkali berakhir dengan perselisihan dan pergaduhan. Pihak yang kalah sering menjadi mangsa ejekan dan akan menjadi bahan ketawa. Bagi menutup rasa malu pihak yang kalah sering membidas lawannya dengan kata-kata yang menggemparkan seperti "Awaslah! Nanti aku bagitau abang aku. Kau jahat!"
Padahal semua kanak-kanak yang berada sekitar tempat kejadian petang itu, malahan sesiapa saja yang dapat mendengar ‘gempak’ si kalah ini sebenarnya sedia maklum bahawa dia memang mempunyai seorang abang saja. Mereka tidak hairan pun apatah lagi untuk merasa takut akibat ‘gempak’ itu. Akhirnya si kalah ditertawakan sekali lagi kerana ‘gempak’ yang tak jadi ‘gempak’ itu.
"So today, the legend continues. The story of Kampung Berembang is now told through wayang kulit by some of the great great grandchildren of the man who took a nap under the Berembang Tree. These children travel from village to village with their wayang kulit in a hope to tell the story of their kampung and spreading the seed of buah berembang." - dipetik dari Wayang Kulit – The Legend Of Berembang oleh Hishamuddin Rais
___&___
Boikot Pilihanraya Umum? (Part 2)
Tun Mahathir - Kuli Umumkan Cabaran?
This blog recommends you the new & safer Firefox.
» Get It Now