Loading...

More News







'Kalau angkatan muda tak punya keberanian, maka mereka sama dengan ternak. Karena fungsinya hanya memperternakkan diri.’
- Pramoedya Ananta Toer
(sumber: Mengenangmu, Mengenali Sejarah Bangsaku)

PLEASE Sign the Petition
Awas! Ada Hanjing Di Hadapan tu.

  • Layari blog ini dengan Firefox.
  • Loading...


    Loading...

    Surat terbuka untuk Encik Anwar Ibrahim

    3 May 2007 11:16 pm

    Encik Anwar Ibrahim,

    Harap maaf jika mengganggu, maklumlah kesedihan anda setelah kekalahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Ijok pada Sabtu lepas mungkin masih lagi terasa. Namun, maaflah kerana tidak dapat menahan diri saya daripada menulis surat tebuka ini ketika anda mungkin masih dalam keadaan sedih.

    Merujuk tulisan bertajuk "Doktrin Ideologi Yang Tiada" oleh saudara Zaharin Mohd Yasin maka saya terpanggil mencoret pandangan dalam surat ini. Saya bersetuju dengan pandangan saudara Zaharin bahawa PKR perlukan doktrin politik yang jelas jika mahu menjadi parti alternatif yang kuat, sebagaimana yang saya kemukakan dalam "Antara momok keganasan, Ijok dan agenda besar tersembunyi".

    Benarlah sebagaimana dinyatakan oleh saudara Zaharin bahawa kekalahan PKR di Ijok bukan kerana Barisan Nasional kuat. Saya pasti anda juga tahu hakikat ini. Kekalahan PKR di Ijok berpunca daripada kegagalan dan kelemahan dalaman.

    Encik Anwar Ibrahim,

    Sebagai anak muda yang mendukung agenda perubahan secara total (mungkin sama dengan yang anda laungkan di Dataran, 1998), saya sependapat dengan pandangan bahawa agenda Reformasi anda kemukakan pada tahun 1988 itu sebagai tahapan perubahan termaju (progressif) di Malaysia.

    Bersandarkan dasar membuka penyertaan kepada lebih ramai menyertai perjuangan anda telah berjaya menarik Parti Rakyat Malaysia (PRM) bergabung ke dalam KeADILan. Selain daripada itu, hasrat menjadikan KeADILan sebagai parti yang melampaui batas perkauman dan pegangan agama juga merupakan salah satu ciri penting bagi sebuah perjuangan progressif. Inilah antara ciri yang telah membakar sokongan massa yang menghasilkan momentum 1998, dan telah mendatangkan rasa gentar pemerintah waktu itu.

    Tetapi, sokongan dan momentum 1998 itu adalah sejarah dan realitinya momentum itu hanyalah berupa ledakan rasa marah yang kosong. Maksudnya, tindakan massa turun ke jalan pada masa itu hanyalah satu tindakan spontan yang lembik dan amat mudah dipatahkan.

    Di dalam arus gelombang Reformasi 1998 itu, terlalu banyak kelemahan dan kekurangan yang merupakan ciri-ciri umum bagi setiap perlawanan bersifat spontan.

    Sebab itu, saya amat sedih apabila melihat PKR di Ijok belum bertambah baik berbanding ketika di Lunas pada tahun 2000 dahulu. Sedih kerana  hujahan dan debat pemimpim PKR di Ijok adalah sama sahaja mutu (quality) hujahnya seperti di Lunas. Jika masih dengan hujah ‘BN terdesak’ itu, saya tidak fikir penghujahnya akan mampu memikirkan suatu tindakan tepat dan mantap untuk melawan.

    Apa sudah jadi? Ke mana perginya para pemikir Jalan Telawi yang hafal hikayat-hikayat dan buku-buku falsafah itu? Untuk apa PRM bergabung dalam PKR jika mereka juga hanya mampu bersetuju bahawa ‘BN memang terdesak’?

    Encik Anwar Ibrahim,

    Maaf sekali lagi jika saya terpaksa menyentuh beberapa perkara sensitif dan bersifat dalaman parjuangan anda. Namun, sebagai anak muda yang mahu dan bercita-cita melihat perubahan yang jujur berlaku di negara ini saya percaya bahawa ramai anak muda seperti saya turut memerhati anda sekarang ini.

    Mengimbau kembali cerita ketika anda baru sahaja kembali dari menjalani rawatan di luar negara tempohari, saya masih ingat sekelompok anak muda sedang hangat berdebat di sebuah gerai di tepi jalan sekitar Bangsar. Agenda yang mereka debatkan itu berupa soalan-soalan yang bakal dikemukakan kepada anda. Beberapa orang anak muda dari pelbagai bangsa telah dipilih menjadi wakil untuk bertemu anda. Pasti anda masih ingat?

    Saya percaya bahawa anak-anak muda yang ini bukan seperti angkatan muda yang wujud dalam PKR pada masa ini. Mereka juga sedang memerhati tingkah laku beberapa kelompok angkatan muda anda. Kalangan angkatan muda ini ramai yang hanya kemaruk mendaki posisi dan menjadi hero dalam demo (macam Khairy pun ada).

    Encik Anwar Ibrahim,

    Saya pasti bahawa ramai di kalangan kami yang tetap setia memerhati ke arah mana agenda Reformasi anda itu sedang dihalakan. Pemerhati-pemerhati ini tidak sekadar memerhati dengan berpeluk tubuh, mereka mungkin sedang melakukan sesuatu sebagaimana anda lakukan bersama saudara-saudara zaman muda anda dahulu.

    Tapi percayalah, jika PKR ternyata bercita-cita menjadi sebuah parti untuk para kapitalis (penindas rakyat), umpama UMNO dan Barisan Nasionalnya, maka ketika itu harap-haraplah anak-anak muda ini akan mampu bangkit.

    Dan saya percaya, jika PKR berjaya kembali kepada agenda Reformasinya sahaja sudah memadai untuk lebih ramai anak muda yang jujur mahu turun berjuang. Tidak usah pun PKR menjadi parti sosialis, sebagaimana dianjurkan saudara Zaharin Mohd Yasin.

    Sebab itu, tindakan PKR bermain ‘acah-acah boikot’ Pilihan Raya Kecil Batu Talam tempohari pun banyak mendapat reaksi positif di kalangan ramai anak muda ini.

    Oleh itu, jika anda jujur mahu membawa agenda perubahan tolonglah pertimbangkan supaya dapat dipujuk pakatan pembangkang memboikot Pilihan Raya Umum ke-12. Boikot secara total terhadap semua Pilihan Raya selagi Suruhan Jaya Pilihan Raya dan sistem pilihan raya itu sendiri tidak dirombak.

    Boikot bukan bermakna pembangkang terpaksa berdiam diri, agenda Boikot Pilihan Raya adalah tekanan berat buat pemerintah dengan syarat agenda ini dapat didorong dan disokong oleh massa. Dan, ketika pesta PRU ke-12 disambut pembangkang dengan bantahan umum berupa demonstrasi di merata pelusuk negara, anda pasti akan dapat melihat dan mampu bersama gerombolan anak-anak muda ini.

    Encik Anwar Ibrahim,

    Ketika itu nanti, anak-anak muda ini pasti mampu menerima agenda perubahan anda kerana anda juga pasti mampu membuang ‘karisma’ anda jauh-jauh, di samping sanggup berhujah dengan anak-anak muda yang jujur itu.  Ketika itulah nanti barulah kita percaya bahawa tidak sia-sia Kak Wan berjuang selama ini kerana PKR sudah benar-benar menjadi Parti Rakyat.

     

    Sekian,

    Arifabdull

    ___&___

    Boikot pilihanraya umum? (Part 1)

    SPR: Time for an ultimatum

    STRUGGLE ON FOR VICTORY!

    Aiyah! Kan dah cakap?

    Blog Boikot Pilihanraya Umum

    Dewan Pemuda PAS Pusat: Pembangkang kena serius timbang boikot pilihan raya

    Bukan susah jadi pengundi hantu

    Kata mereka tentang pengundi hantu

    Pimpinan Umno bergelar Dato’ akui BN tabur duit

    Pilihan raya umum bila-bila masa

     UMNO dan masa depan Anwar Ibrahim

    This blog recommends you the new & safer Firefox. » Get It Now

    1 Comment »

    The URI to TrackBack this entry is: http://arifabdull.blogsome.com/2007/05/03/surat-terbuka-untuk-encik-anwar-ibrahim/trackback/

    1. sangat cool bro! sangat minat!

      Comment by syafiq sunny — 4 May 2007 @ 6:40 pm

    RSS feed for comments on this post.

    Leave a comment

    Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



    Anti-spam measure: please retype the above text into the box provided.


    Anti-spam measure: please retype the above text into the box provided.



    IKLAN:

    Get free blog up and running in minutes with Blogsome | Theme designs available here